Momentum Pemulihan Terjejas, BNM Bakal Potong OPR Minggu Ini – Nomura

Momentum Pemulihan Terjejas, BNM Bakal Potong OPR Minggu Ini – Nomura

Nomura Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan penanda aras pinjaman, kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps

Nomura Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan penanda aras pinjaman, kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Khamis ini.

Pemotongan kadar faedah itu mungkin berlaku kerana sekatan pergerakan terkini yang dijangka merencatkan momentum pemulihan ekonomi Malaysia, jelas ketua ekonomi Nomura, Euben Paracuelles.

“Risiko penurunan yang dijangka oleh BNM sejak beberapa bulan yang lalu, kini telah mula menunjukkan kesannya sekali gus memerlukan penyesuaian dalam dasar bagi menyokong keadaan pemulihan,” ujar beliau.

Alasan lain yang menyokong kepada pengurangan OPR ini adalah untuk membantu melegakan beban hutang terutamanya untuk isi rumah.

“Isi rumah Malaysia antara yang mempunyai nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di dunia iaitu lebih 90 peratus pada tahun lalu.

“Dan kami tahu kebanyakan hutang ini adalah berasaskan kadar berubah iaitu 80 peratus, maka dengan penurunan OPR ia akan menurunkan juga kadar pinjaman, sekali gus melegakan beban hutang kepada isi rumah,” kata Paracuelles.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media maya Nomura bertajuk ‘Prospek Pertengahan Tahun Ekonomi Asia, Mata Wang & Ekuiti 2021’.

Kali terakhir OPR diturunkan adalah pada Julai tahun lalu, setelah bank pusat memotong 125 mata asas pada separuh pertama tahun 2020 kepada 1.75% bagi mengembangkan dasar kewangan untuk mengelak daripada kesan kemerosotan ekonomi domestik yang lebih buruk.

Mengulas lanjut Paracuelles berkata, alasan ketiga ialah kadar inflasi yang tidak menunjukkan prestasi seperti yang diunjurkan BNM untuk tempoh beberapa bulan lalu kerana sekatan pergerakan terkini.

“Bank pusat mengunjurkan antara 6.5 dan 7.0 peratus inflasi, tetapi angka sebenar ialah kurang daripada 5.0 peratus,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: