Mood Pasaran Minyak Semakin Baik, Kebimbangan Terhadap Gelombang Covid-19 Kedua Melemah

Mood Pasaran Minyak Semakin Baik, Kebimbangan Terhadap Gelombang Covid-19 Kedua Melemah

Harga minyak mengenepikan kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua penularan wabak Covid untuk didagang lebih tinggi pada sesi pasaran New York ha

Harga minyak mengenepikan kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua penularan wabak Covid untuk didagang lebih tinggi pada sesi pasaran New York hari Isnin.

Dengan penurunan angka jangkitan virus dua hari berturut-turut, kebimbangan terhadap potensi dilaksanakan perintah berkurung yang baru semakin berkurang.

Selain itu, mood pasaran juga semakin baik apabila pengeluaran minyak dijangka menyusut selepas syarikat Chesapeake Energy menfailkan kebankrapan yang mana turut dilihat sebagai peringatan dan ancaman daripada harga minyak semasa ke atas industri di AS.

Futures WTI sehingga jam 12.10 tengah malam didagang sekitar $39.23, naik 1.9% atau 73 sen manakala minyak antarabangsa Brent berada sekitar $41.52 setong, naik 1.44% atau 60 sen

Pada skala yang lebih luas, outlook pengeluran di AS kelihatan stabil dengan penurunan pada jumlah pelantar mingguan Baker Hughes pada hari Jumaat yang lepas.

Menurut Baker Huges, jumlah pelantar yang aktif di AS telah merosot hampir 80% sejak permulaan tahun 2019 yang lalu, daripada 885 kepada 188

Sebarang peningkatan daripada paras semasa akan memicu risiko pemunggahan jutaan tong minyak mentah daripada tempat simpanan yang mana kapasiti penggunanaannya berada pada paras tertinggi dalam sejarah.

“Bermula bulan Julai, pengambilan stok minyak mentah dan produk utama dijangka akan bermula, dengan penarikan sehingga 370 juta tong minyak dalam tempoh enam bulan kehadapan”, jelas penganalisis JPMorgan dalam nota mingguan mereka.

Bloomberg pula melaporkan bahawa lima syarikat penapisan minyak terbesar di China yang mana secara koletif mengimport lebih lima juta tong minyak sehari sedang mengadakan rundingan bagi membentuk pakatan pemasaran antara pengeluar dan pedagang yang akan menguatkan lagi kuasa tawar-menawar mereka.

Langkah tersebut juga dijangka mengecilkan margin di pasaran Asia terutama bagi Rusia dan Afrika yang mana dikatakan oleh Bloomberg negara pertama yang akan terjejas oleh pembidaan bersama-sama dengan China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: