Mood Pasaran Muram, Hubungan AS dan China Semakin Tegang

Mood Pasaran Muram, Hubungan AS dan China Semakin Tegang

Penolakan risiko menguasai secara menyeluruh pasaran pertukaran matawang pada hari Isnin lalu, didorong oleh meningkatnya ketegangan antara AS dan Ch

Penolakan risiko menguasai secara menyeluruh pasaran pertukaran matawang pada hari Isnin lalu, didorong oleh meningkatnya ketegangan antara AS dan China.

Presiden Trump mendakwa beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan bahawa koronavirus berasal daripada makmal Wuhan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) walau bagaimanapun mengatakan mereka belum menerima sebarang bukti daripada AS terkait isu tersebut.

Trump turut mengancam untuk membatalkan perjanjian fasa pertama bersama China kerana mereka dikatakan tidak mematuhi quota perjanjian perdagangan.

Pada minggu yang lalu, Trump telahpun mengancam untuk menyerang China dengan tarif yang baru.

Permintaan safe haven dolar AS sedikit mengukuh dengan perkembangan di atas dengan indeks kekal di paras yang diketahui, berada sekitar 99.40 mata.

Kelemahan PMI EU pula telah menekan sentimen para pelabur Eropah dengan EUR/USD kini jatuh ke paras 1.0900

Pound pula mencatat prestasi terbaik berbanding matawang utama yang lain dengan GBP/USD naik ke paras 1.2450 dan fokus kini tertumpu kepada rundingan perdagangan UK dan AS yang akan berlansung pada hari ini.

Matawang komoditi pula menutup sebahagian kerugian intraday yang lalu dan mencatat peningkat kecil berbanding dolar AS walaupun aliran ekuiti yang lemah.

Pemulihan tersebut disokong oleh keluarnya Wall Street daripada paras terendah harian, dan juga peningkatan harga minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: