Mood Risk-off Menekan AUD/USD Menjelang Laporan Pekerjaan

Mood Risk-off Menekan AUD/USD Menjelang Laporan Pekerjaan

Penekanan RBA terhadap sektor pekerjaan menjadikan data yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 pagi hari ini akan lebih diberi perhatian bagi menetapkan

Penekanan RBA terhadap sektor pekerjaan menjadikan data yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 pagi hari ini akan lebih diberi perhatian bagi menetapkan jangkaan terhadap pendekatan bank pusat di masa hadapan.

Kadar pengangguran dijangka kekal pada paras 5.2% sementara penambahan 15,000 pekerjaan ke dalam ekonomi dijangkakan dengan kadar penglibatan kekal di paras 66%.

Mengulas tentang perkembangan data pekerjaan Bank ANZ mengatakan “Penambahan 10,000 pekerjaan atau kurang daripada itu akan mengesahkan pertumbuhan pekerjaan yang semakin perlahan sejak Q2 dan Q3 tahun lalu. Dengan pekerjaan merupakan indikator yang lewat, penurunan mendadak akan menimbulkan kebimbangan terhadap kemapanan pemulihan semula ekonomi yang sederhana”.

Di samping data-data Australia, tajuk-tajuk berkaitan perdagangan dan politik juga akan terus mempengaruhi pergerakan matawang sehingga pembukaan pasaran AS.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menghargai reaksi pantas Beijing terhadap wabak coronavirus di Wuhan, namun begitu penghargaan tersebut tidak menafikan kemungkinan wabak ini akan menjadi kecemasan global.

Selain isu virus di China, kenyataan Trump pada persidangan Davos terus memberi tekanan kepada nada risiko pasaran sehingga menarik jatuh AUD/USD ke paras terendah sejak 11 Disember yang lalu.

Hubungan perdagangan AS dengan China terus menunjukkan kemajuan yang positif, namun berbeza dengan EU di mana berpotensi menjadi lebih buruk jika ancaman yang disuarakan Trump di Davos menjadi kenyataan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: