Mood ‘Risk-Off’ Menolak Pasaran Emas Menghampiri Paras Tertinggi 6 Bulan Lalu

Mood ‘Risk-Off’ Menolak Pasaran Emas Menghampiri Paras Tertinggi 6 Bulan Lalu

Amaran yang jarang dilakukan oleh syarikat Apple berkenaan isu pendapatan mereka telah mengegarkan pasaran kewangan pada hari Khamis, meningkatkan lag

Amaran yang jarang dilakukan oleh syarikat Apple berkenaan isu pendapatan mereka telah mengegarkan pasaran kewangan pada hari Khamis, meningkatkan lagi kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi global dan syarikat yang semakin perlahan.

Apple Inc telah menurunkan unjuran pendapatan mereka ke paras terendah 12 tahun lalu serta menyalahkan kelemahan pada penjualan iPhone daripada China.

Laporan syarikat Apple tersebut dikeluarkan sehari selepas Caixin melaporkan pengucupan pada aktiviti perkilangan di China pada bulan Disember buat kali pertama sejak May 2017 yang lalu.

Perkara ini telah mendorong pelabur untuk memindahkan dana pelabur mereka ke dalam aset yang tidak berisiko, sekali gus membenam saham pada ketiga-tiga sesi pasaran hari Khamis.

Pergerakan mendadak pertukaran matawang yang berlaku pada awal pasaran Asia hari ini walau bagaimanapun dilihat tidak bertahan untuk jangka masa yang lebih lama apabila kesemua pasangan matawang berbanding yen berjaya mengurangkan kerugian mereka.

Pasaran emas pula kekal menjadi pilihan safe haven paling utama dalam keadaan mood risk-off masih menguasai sentimen pelabur.

Futures emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX didagang berhampiran paras tertinggi 6 bulan lalu, naik $6.45 atau 0.50% ke paras $1,290.75 per auns setakat jam 11.45 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: