Moody’s: ASEAN-5 Termasuk Malaysia Bakal Berhadapan Peningkatan Risiko Kredit

Moody’s: ASEAN-5 Termasuk Malaysia Bakal Berhadapan Peningkatan Risiko Kredit

Memetik laporan Bernama pada hari Khamis, Perkhidmatan Pelaburan Moody's dalam sebuah laporannya yang terbaru berkata pendekatan dasar yang diambil o

Memetik laporan Bernama pada hari Khamis, Perkhidmatan Pelaburan Moody’s dalam sebuah laporannya yang terbaru berkata pendekatan dasar yang diambil oleh ekonomi ASEAN-5 akan mengurangkan impak negatif Covid-19, namun belum cukup untuk menutup potensi peningkatan risiko kemelesetan atau hutang terhadap kebanyakkan sektor.

“Pelbagai bentuk dasar akan mengurangkan tekanan negatif terhadap kredit syarikat, bank dan ekonomi yang lebih luas, namun kelemahan dalam perdagangan, harga komoditi dan sentimen umum akan menekan pertumbuhan bagi kelima-lima ekonomi,” kata penolong Naib Presiden Moody, Deborah Tan.

Berdasarkan laporan tersebut, lima ekonomi terintegrasi dalam rantaian bekalan pembuatan serantau dan mengalami penurunan yang tajam pada aliran perdagangan luaran, sementara sekatan perjalanan yang berterusan membebani eksport dan pendapatan yang berkaitan dengan pelancongan.

Pada masa yang sama, harga komoditi yang mendatar juga akan menekan pendapatan fiskal menerusi hasil eksport komoditi.

“Kos fiskal daripada langkah-langkah akan menjadi begitu ketara, dengan beban hutang hanya akan stabil dari tahun 2021 bagi sebahagian besar ekonomi, walaupun negara-negara ASEAN-5 memiliki pelindungan yang cukup sebelum pandemik sehingga memberi ruang fiskal untuk mereka bertindak ke atas krisis,” tambah Tan.

Moody’s mendapati bahawa langkah-langkah dasar untuk sektor kewangan kebanyakannya menumpukan penyediaan kecairan kepada pihak bank bagi membantu pinjaman baru dan juga menerusi penyusunan semula kredit seperti moratorium hutang.

Dan berdasarkan analisis mereka, apabila moratorium hutang diangkat, risiko pinjaman bank yang bermasalah akan meningkat.

“Sebahagian kecil sektor korporat akan memperoleh keuntungan langsung dari bantuan pemerintah, dengan perusahaan strategik milik negara berkemungkinan akan lebih diutamakan dalam penerimaan bantuan dana secara langsung.

Namun begitu, syarikat-syarikat swasta juga akan mendapat sokongan daripada langkah-langkah dasar yang lebih meluas seperti pelepasan cukai sementara dan penurunan kadar faedah”, jelas Moody’s.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: