rubel-russian-pipeline

Moscow: Had Harga Ke Atas Minyak Rusia ‘Bukan Satu Tragedi’

Rusia pada hari Selasa menyatakan keyakinan bahawa ia akan mencari pembeli baharu untuk minyaknya, menjelaskan pelaksanaan had harga ke atas eksportnya oleh Barat ke atas Ukraine “bukan satu tragedi”.

Siling harga yang berkuat kuasa pada Isnin itu bertujuan untuk menyekat pendapatan Rusia sebagai hukuman atas serangannya ke atas Ukraine, sambil memastikan Moscow terus membekalkan kepada pasaran global.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa akan ada pembeli untuk produk kami,” kata Timbalan Menteri Luar Negeri Sergei Ryabkov kepada pemberita, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Rusia telah bersedia dengan penetapan had harga tersebut.

“Kami akan melihat bagaimana pasaran akan bertindak balas, tetapi dalam apa jua keadaan, kepentingan kami dalam bidang ini akan terjamin dengan satu cara atau beberapa kaedah lain,” kata Ryabkov.

Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak pula mengulangi bahawa had itu pasti akan membawa kepada kenaikan harga dan mengakui bahawa logistik akan terjejas.

“Minyak Rusia sentiasa mendapat permintaan dan akan terus mendapat permintaan,” kata Novak kepada pemberita.

“Kami tidak melihat sebarang tragedi di sini,” tambahnya.

Penetapan had harga itu bermakna hanya minyak yang dijual pada harga yang sama atau kurang daripada AS$60 setong akan diluluskan penghantarannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *