MOSTI: 5,000 Startups Di Malaysia Penting Untuk Pembangunan Teknologi Tempatan

MOSTI: 5,000 Startups Di Malaysia Penting Untuk Pembangunan Teknologi Tempatan

Kerajaan di bawah inisiatif MyDIGITAL mensasarkan 5,000 syarikat permulaan atau 'startups' akan beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang. Ke

Kerajaan di bawah inisiatif MyDIGITAL mensasarkan 5,000 syarikat permulaan atau ‘startups’ akan beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ir Siti Hamisah Tapsir, berkata sasaran itu penting bagi mewujudkan persekitaran kompetitif untuk pembangunan teknologi tempatan.

Hal ini kerana jumlah tersebut akan memacu negara meningkatkan nilai rantaian dengan mengutamakan pembangunan teknologi tempatan menerusi penyelidikan dan pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (R&D,C&I).

Siti Hamisah berkata, kewujudan lebih banyak penyelidikan teknologi dan pembangunan amat penting kerana produk kandungan teknologi tempatan masih rendah di negara ini jika dibandingkan dengan negara serantau lain seperti Indonesia dan Vietnam dan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Malah, kewujudannya juga bakal melahirkan bakat-bakat berkemahiran tinggi dalam mencapai aspirasi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian pada Forum Ekonomi Dgiital Kedua anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Fakulti Ekonomi dan Pengurusannya dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Unit Perancang Ekonomi (EPU) Cradle Fund Sdn Bhd secara maya, semalam.

Mengulas tentang pandemik, beliau berkata krisis kesihatan itu bukan sahaja memberi cabaran tetapi turut membuka peluang kepada kerajaan untuk menumpukan kepada pembangunan teknologi tinggi yang dapat memberi impak besar kepada limpahan ekonomi negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: