Mungkin ramai yang tidak tahu, kekuatan Yen adalah masalah kepada ekonomi Jepun justeru itu 'Quantitative Easing' atau QE telah diperkenalkan dahulu.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kekuatan Yen adalah masalah kepada ekonomi Jepun justeru itu ‘Quantitative Easing’ atau QE telah diperkenalkan dahulu.
Pergerakan Yen di dalam pasaran amat susah untuk dianalisa dari sudut fundamental, malah ketika kita dikejutkan dengan pengenalan kepada kadar faedah negatif Januari lalu, Yen hanya melemah untuk satu hari sahaja.
Eisuke Sakakibara, bekas pegawai kewangan Jepun atau lebih dikenali dengan “Mr. Yen” menjangkakan Yen akan mengukuh sehingga ke paras 100 berbanding Dollar pada bila bila masa sahaja.
Stimulus kewangan BOJ katanya sudah tidak lagi memberi kesan dan semakin hari ianya semakin lemah.
Pada ketika ini, setelah pasaran Asia ditutup, pair USD/JPY telah pun jatuh sebanyak 70 pips. Pada malam ini, data ‘New Home Sales’ akan diterbitkan, dengan jangkaan akan terus melemahkan USD nanti.
COMMENTS