ecrl perodua

MRL, Perodua Tandatangani MoU Bagi Perkhidmatan Menghantar Kereta & Alat Ganti

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menandatangani MoU dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk menggunakan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mengangkut kenderan-kenderaan Perodua dan alat ganti mulai 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak menyatakan bahawa ECRL akan menawarkan pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai, yang berpotensi mengurangkan kos logistik untuk Perodua.

ECRL dengan laluan sepanjang 665 km itu akan menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Lembah Klang.

Perodua merancang untuk mengangkut kereta dari kilang Serendahnya ke Pantai Timur, Sabah, dan Sarawak, termasuk menghantar alat ganti.

ECRL dari Kota Bharu ke Gombak, satu projek mega yang menelas kos sehingga RM50.27 billion dijangka siap menjelang Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027, dengan rangkaian penuh beroperasi menjelang Januari 2028.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *