twitter-bird

Musk Isytihar “Burung Telah Dibebaskan”, Pecat Tiga Eksekutif Tertinggi

Elon Musk menjadi pemilik Twitter Inc yang baharu pada Khamis lalu dengan memecat eksekutif tertinggi dan memberikan sedikit penjelesan tentang bagaimana beliau akan mencapai cita-cita yang telah digariskan untuk platform media sosial itu.

Tiga eksekutif yang dipecat adalah CEO Twitter Parag Agrawal, ketua pegawai kewangan Ned Segal, dan ketua hal ehwal undang-undang dan dasar Vijaya Gadde

“Burung telah dibebaskan,” tulis Musk dalam Tweetnya, merujuk logo burung Twitter dalam menjelaskan keinginannya untuk melihat syarikat itu mengurangkan sekatan kandungan yang boleh disiarkan.

CEO Tesla yang menyifatkan dirinya sebagai pejuang hak kebebasan bersuara itu, bagaimanapun berkata beliau tetap akan menghalang platform itu daripada menjadi ruang menyebarkan kebencian dan perpecahan.

Matlamat lain termasuk ingin “menumpaskan” bot spam di Twitter dan menjadikan algoritma yang menentukan cara kandungan dipersembahkan kepada penggunanya tersedia secara terbuka.

Bagaimanapun, Musk tidak menawarkan butiran tentang bagaimana beliau akan mencapai semua matalamat itu dan siapakah yang akan mengendalikan syarikat tersebut.

Musk berkata bahawa dia turut merancang untuk membuang pekerja, sekali gus memicu kebimbangan terhadap masa depan 7,500 kakitangan Twitter.

Tiga eksekutif tertinggi, CEO Twitter Parag Agrawal, ketua pegawai kewangan Ned Segal, dan ketua hal ehwal undang-undang dan dasar Vijaya Gadde, telah dipecat oleh Musk sejurus mengambil alih syarikat itu.

Bloomberg melaporkan bahawa Musk, yang juga mengendalikan syarikat roket SpaceX, merancang untuk menjadi CEO Twitter selepas melengkapkan pengambilalihan dan juga merancang untuk membatalkan larangan kekal ke atas pengguna.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *