tesla-gigafactory

Musk: Pasaran Hartanah Punca Kegawatan Ekonomi China Menyamai Kemelesetan

China sedang mengalami penurunan atau kegawatan ekonomi yang hampir menyamai kemelesetan, didorong oleh kemerosotan pasaran hartanah yang berlarutan selama lebih setahun, kata pengasas Tesla Inc, Elon Musk.

“China sedang mengalami seakan-akan kemelesetan, kebanyakannya dalam pasaran hartanah”, kata Musk semasa persidangan mengenai pendapatan suku ketiga pada Rabu yang lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjawab soalan mengenai trend pengambilan pesanan baru-baru ini, terutamanya di China, di mana terletakknya kilang utama Tesla.

Sementara itu, Eropah sedang menghadapi kemelesetan yang didorong oleh kekurangan tenaga, manakala AS berada dalam keadaan baik, kata Musk, sambil menambah walaupun Fed telah menaikkan kadar faedah “lebih daripada yang sepatutnya”.

Hal ini kerana, Musk berpendapat Fed akan “akhirnya sedar” dan mengembalikan kadar faedah ke bawah semula.

Ekonomi China hampir terbantut pada suku kedua apabila bandar-bandar utama ditutup dan perjalanan disekat di bawah dasar covid sifar, termasuk Shanghai.

Penutupan yang berlarutan selama berbulan-bulan di bandar itu turut melibatkan pengantungan operasi kilang Tesla selama beberapa minggu.

Sejak itu, pemulihan China kekal rapuh, kerana wabak dan sekatan Covid-19 terus membebankan aktiviti dan permintaan.

Kemerosotan pasaran hartanah negara juga telah melemahkan keyakinan, dan mengekang permintaan untuk segala-galanya daripada komoditi kepada pinjaman.

Pelaburan hartanah di China sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini dianggarkan merosot 7.5% berbanding setahun lalu sementara pertumbuhan dalam tempoh masa yang sama sebelum wabak telah melepasi 10%.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *