Musk: Tesla Akan Kembali Gunakan BTC Jika Lebih Banyak Tenaga Bersih Dalam Aktiviti Perlombongan

Musk: Tesla Akan Kembali Gunakan BTC Jika Lebih Banyak Tenaga Bersih Dalam Aktiviti Perlombongan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk dalam satu kenyataan berkata syarikat akan kembali membenarkan operasi urus niaga bitcoin apabila

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk dalam satu kenyataan berkata syarikat akan kembali membenarkan operasi urus niaga bitcoin apabila para pelombong yang mengesahkan transkasi menggunakan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui.

“Apabila terdapat pengesahan yang munasabah terhadap penggunaan tenaga bersih (~ 50%) oleh pelombong dengan trend yang positif, Tesla akan kembali membenarkan transaksi Bitcoin,” ujar Musk dalam tweet.

Para pelabur Bitcoin menyambut baik kenyataan Musk, melonjak dua hari berturut-turut sejak Ahad dan kini melepasi $40,000/BTC setakat jam 9 pagi hari Selasa.

Musk juga berkata Tesla telah menjual kira-kira 10 peratus pegangan Bitcoin miliknya, mengesahkan mata wang kripto ini mudah untuk dicairkan tanpa menggerakkan pasaran.

Pada Februari yang lalu, Tesla mendedahkan pembelian Bitcoin sebanyak AS$1.5 bilion dan akan menerimanya sebagai satu bentuk pembayaran atau pembelian kereta.

Namun pada Mei, Tesla mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menerima Bitcoin untuk pembelian kereta dengan alasan kebimbangan terhadap perubahan alam sekitar akibat daripada aktiviti perlombongan.

Bitcoin jatuh lebih 10 peratus selepas pengumuman tersebut. Musk walau bagaimanapun tetap menyatakan keyakinan beliau terhadap masa depan mata wang kripto.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: