MyEG Umum Kerjasama Perkongsian Data Bersama Jabatan Tenaga Kerja

MyEG Umum Kerjasama Perkongsian Data Bersama Jabatan Tenaga Kerja

MY EG Services Bhd pada hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memulakan kerjasama perkongsian data bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malays

MY EG Services Bhd pada hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memulakan kerjasama perkongsian data bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan berkaitan isu pemeriksaan Covid-19 ke atas pekerja asing.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MyEG berkata kerjasama tersebut bertujuan memanfaatkan portal sehenti (one-stop) Covid-19 yang mana menjadi saluran alternatif untuk majikan mendaftar dan mengatur pemeriksaan ke atas para pekerja mereka.

Di bawah kerjasama baru, MyEG akan berkongsi data masa nyata yang sesuai dengan Jabatan Tenaga Kerja dari portal sehenti, termasuk status pemeriksaan pekerja, hasil ujian dan sijil digital berasaskan kod QR mudah alih yang dikeluarkan sebagai bukti pengujian.

“Data yang diberikan oleh MyEG akan digunakan untuk membantu Jabatan Tenaga Kerja memantau dan memastikan pematuhan penguatkuasaan oleh majikan terhadap arahan kerajaan berkenaan pemeriksaan pekerja asing,” jelas mereka.

Selain itu, kesemua pekerja asing juga diperingatkan untuk mendaftarkan status penyaringan tenaga kerja mereka melalui portal sehenti bagi memastikan data yang dikongsikan sentiasa dikemas kini.

“Bagi majikan yang belum menyelesaikan pemeriksaan yang diperlukan ke atas pekerja asing mereka, portal sehenti MyEG memberikan pilihan untuk mereka mengatur ujian di lokasi kerja”, tambah MyEG.

MyEG juga menyebutkan ujian saringan bagi penyumbang bukan PERKESO juga boleh diaturkan menerusi portal yang sama dengan kos RM150 bagi setiap ujian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: