MyNews: Kedai Serbaneka Terkenal Korea Selatan Bakal Beroperasi Di Malaysia

MyNews: Kedai Serbaneka Terkenal Korea Selatan Bakal Beroperasi Di Malaysia

Pengasas dan CEO Kumpulan MyNEWS, Dang Tai Luk pada hari Isnin mengumumkan rancangan untuk membuka 500 rangkaian kedai serbaneka terkenal dari Korea

Pengasas dan CEO Kumpulan MyNEWS, Dang Tai Luk pada hari Isnin mengumumkan rancangan untuk membuka 500 rangkaian kedai serbaneka terkenal dari Korea Selatan, CU dalam tempoh lima tahun bermula 2021.

“Kami mensasarkan pembukaan 500 cawangan kedai serbaneka CU dalam tempoh lima tahun kehadapan, namun bagi tahun pertama, kami tidak akan meletakkan sasaran yang tinggi.

“Oleh itu, kami merancang untuk membuka sekitar 30-50 kedai CU pada tahun 2021 sebagai langkah berjaga-jaga berhadapan ketidaktentuan akibat wabak ketika ini”, kata beliau dalam taklimat media kerjasama strategik dengan BGF Retail Co Ltd, pemilik jenama CU semalam.

Tai Luk juga menyebutkan bahawa syarikat telah memperoleh lesen daripada BGF untuk beroperasi selama 10 tahun di Malaysia dengan memperuntukkan modal sehingga RM40 juta bagi tempoh dua tahun pertama.

Dengan budaya K-wave yang semakin terkenal di Malaysia, beliau berkata kemasukan CU ke dalam sektor peruncitan akan menjadikan budaya ini lebih mudah dicapai dan menarik.

“Membangun dan mengendalikan salah satu jenama kedai serbaneka terkemuka dari Korea Selatan, bersama dengan jenama kami MyNEWS adalah sejajar dengan visi kami untuk menawarkan pilihan yang menarik dan menaik taraf pengalaman membeli-belah kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Tai Luk juga menjelaskan bahawa keberadaan CU di Malaysia tidak akan menjejaskan operasi rangkaian kedai MyNews kerana berpandangan setiap kedai mempunyai keistimewaan dan akan saling membantu antara satu sama lain.

Beliau juga melihat pembukaan CU akan membuka peluang pertumbuhan yang baru dan meningkatkan keupayaan syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: