Nada Dovish Para Pegawai BoE Membebankan GBP

Nada Dovish Para Pegawai BoE Membebankan GBP

Pasangan matawang GBP/USD berhadapan tekanan bearish yang baru pada sesi dagangan AS, menyentuh paras terendah harian sekitar 1.3830, didorong oleh m

Pasangan matawang GBP/USD berhadapan tekanan bearish yang baru pada sesi dagangan AS, menyentuh paras terendah harian sekitar 1.3830, didorong oleh mesej dovish dari para pembuat dasar bank pusat England (BoE).

Ketika membentangkan laporan tahunan BoE, Timbalan Gabenor Dave Ramsden menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan akan merancakkan ransangan kuantitatif (QE) dengan lebih signifikan jika diperlukan.

“Kami mempunyai ruang untuk melakukan lebih banyak QE. Kami dapat melakukannya dengan cepat jika pasaran yang tidak berfungsi memerlukannya.”, jelas beliau.

Selain Ramsden, Gabenor Andrew Bailey juga menyebutkan kepentingan untuk memastikan rangka kerja BoE yang mantap supaya dapat bergerak dengan “lebih besar dan pantas” di samping menekankan bahawa unjuran inflasi masih stabil.

Gertjan Vlieghe, salah seorang ahli jawatakan kuasa dasar bank pusat juga berhujah bahawa sangat mungkin untuk mengubah sebahagian dari penyata imbangan tanpa menjejaskan ekonomi, selagi mana pasaran terus berfungsi dengan baik.

Pengukuhan USD turut menjadi faktor tambahan yang terus menekan GBP/USD pada malam ini walaupun data ADP menunjukkan penambahan pekerjaan dua kali lebih rendah dari jangkaan dalam sektor swasta AS pada bulan Ogos.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: