Nasib Malang EUR Turut Menimpa GBP (Pound)

Nasib Malang EUR Turut Menimpa GBP (Pound)

Pound turut melemah berbanding kesemua matawang lain kecuali euro pada sesi dagangan Eropah hari Selasa. Tanpa sebarang perkembangan berita yang ba

Pound turut melemah berbanding kesemua matawang lain kecuali euro pada sesi dagangan Eropah hari Selasa.

Tanpa sebarang perkembangan berita yang baru, GBP/USD telah membuat terjunan ke paras terendah sejak jam 2 petang didorong oleh kemunculan semula gelombang baru pembelian greenback.

Sentimen pelabur terhadap kedudukan dollar dilihat tidak terjejas dengan penurunan hasil bon 10-tahun AS ke paras 2.857%.

Antara faktor utama adalah kejatuhan mendadak matawang euro dan juga pound serta pilihan USD sebagai alternatif safe haven masih diterima dengan pasaran memperlihatkan lonjakan mendadak aliran masuk ke dalam yen dan dollar.

Selain itu, kejatuhan GBP/USD turut disebabkan oleh faktor teknikal apabila penurunan harga berjaya menembusi paras support yang kuat sekitar 1.3300. Setakat jam 7 malam, GBP/USD masih didangang berhampiran paras terendah 6 bulan lalu sekitar 1.3240

Hal yang sama dapat dlihat menerusi pergerakan GBP/JPY yang telah jatuh lebih 200 pips dan kini masih didagang rendah di paras 144.21, kekal dengan penurunan 140 pips atau 0.95%

Kini fokus pelabur beralih kepada bacaan indeks keyakinan pengguna CB yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam bagi mengukuhkan lagi kedudukan dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: