Nasib Pound Menjelang Penetapan Dasar BOE Minggu Ini

Nasib Pound Menjelang Penetapan Dasar BOE Minggu Ini

Pound Sterling melanjutkan penyusutan berbanding matawang utama yang lain selepas bacaan PMI sektor perkhidmatan yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang

Pound Sterling melanjutkan penyusutan berbanding matawang utama yang lain selepas bacaan PMI sektor perkhidmatan yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang hari Isnin meleset berbanding jangkaan.

Pergerakan pasangan matwang ini bermula positif di awal sesi dagangan Asia, di sokong oleh kelemahan USD sehingga harga mencecah paras tertinggi 1.4080

Walau bagaimanapun, laporan PMI Perkhidmatan UK bagi bulan Januari mengecewakan pasaran dengan melihat peningkatan sebanyak 53.0 mata, lebih rendah berbanding jangkaan yang meramalkan peningkatan setinggi 54.1 mata.

Selain itu, laporan ISM PMI Bukan Pembuatan AS yang dikeluarkan pada jam 11.00 malam tadi turut berjaya mengukuhkan semula kedudukan dolar di awal sesi dagangan AS hari Isnin.

GBP/USD kini menyusut lebih 150 pips daripada paras tertinggi harian kepada 1.4005. Berikut merupakan perubahan Pound berbanding matawang utama yang lain setakat jam 11.15 malam.

Apakah ‘Bear’ Akan Terus Menguasi Pasaran?

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa para pelabur akan bertahan daripada meletakkan sebarang pelaburan yang agresif atau signifikan menjelang penetapan dasar BOE pada hari Khamis ini yang mana dijangka akan menentukan arah pergerakan pound yang lebih jelas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: