Nasib ‘Seller’ Selepas EUR/USD Naik Hampir 250 Pips

Nasib ‘Seller’ Selepas EUR/USD Naik Hampir 250 Pips

Matawang tunggal euro kembali mendaki ke paras tertinggi tiga minggu lalu berbanding greenback, didorong oleh dovish Powell serta penutupan posisi 'sh

Matawang tunggal euro kembali mendaki ke paras tertinggi tiga minggu lalu berbanding greenback, didorong oleh dovish Powell serta penutupan posisi ‘short’.

Powell mengatakan bahawa tiada risiko untuk berlakunya ‘overheating’ berikutan tiada petanda yang menunjukkan inflasi akan bergerak lebih cepat.

Euro sebelum ini telah jatuh mendadak didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap krisis matawang lira yang dilihat berpotensi memberi kesan negatif kepada ekonomi zon Eropah kerana ia melibatkan sebahagian besar pelaburan daripada syarikat dan bank-bank mereka

Sebahagian penganalisis melihat kejatuhan euro sebelum ini hanya disebabkan oleh pesimis yang melampau daripada pelabur dan hal ini disokong oleh peningkatan dan pemulihan semula EUR/USD sehingga berjaya menutupi hampir seluruh kerugian pada bulan Ogos.

Walau bagaimanpaun, peningkatan hasil bon Itali menjelang pembentangan bajet pertama kerajaan serta ulasan hawkish Powell yang diabaikan tetap dilihat sebagai risiko yang dapat menekan matawang euro.

Hal ini telah menghadkan pemulihan EUR/USD pada hari Jumaat lalu, berundur daripada paras 1.1640 dan tutup pada harga 1.1623. Namun begitu, pasangan matawang ini tetap berjaya mengekalkan peningkatan 1.61% atau hampir 250 pips sepanjang minggu lalu.

Paras 1.1640 (R1) menjadi garisan resistance paling hampir, kemudian pada harga 1.1670 (S2) dan zon supply 1.1750 (R3).

Jika berlaku ‘reversal’, support terhampir berada di paras 1.1600 (S1), 1.1570 (S2) dan juga di kawasan supply atau demand sekitar harga 1.1540 (S2).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: