Negatif $40 Harga Minyak Mencerminkan Kepanikan & Menggambarkan Realiti Pasaran Minyak Mentah AS

Negatif $40 Harga Minyak Mencerminkan Kepanikan & Menggambarkan Realiti Pasaran Minyak Mentah AS

Para pelabur terdesak untuk keluar daripada pasaran minyak pada hari Isnin lalu, menghambat futures minyak WTI ke paras negatif buat pertama kali di

Para pelabur terdesak untuk keluar daripada pasaran minyak pada hari Isnin lalu, menghambat futures minyak WTI ke paras negatif buat pertama kali di dalam sejarah.

Kontrak futures WTI bagi bulan Mei yang bakal tamat pada hari ini berhadapan dengan beberapa siri penjualan sehingga pada satu tahap, kontrak didagang di bawah harga $0.00 dan mencecah negatif $40.

Faktor utama yang mendorong penjualan tersebut adalah impak wabak Koronavirus yang telah menekan permintaan minyak global sehingga akan menyebabkan tiada lagi ruang untuk menyimpan minyak di AS jika telah mencapai kapasiti maksimum.

WTI bagi bulan Mei di NYMEX Singapura walau bagaimanapun kembali didagang positif di atas harga kosong selepas tutup -$37.63 pada hari Isnin yang lalu.

Kontrak bagi bulan Jun yang mempunyai jumlah dagangan 40 kali ganda lebih besar pula berada sekitar $20.80 setong.

Jurang perbezaan antara kedua-dua harga di atas mencerminkan kebimbangan yang memuncak terhadap kesukaran penghantaran fizikal minyak mentah di masa hadapan jika tiada lagi ruang untuk menyimpan dalam keadaan syarikat-syarikat penapisan terpaksa mengurangkan operasi mereka.

Serangan pandemik Covid-19 telah menghentikan sebahagian besar ekonomi diseluruh dunia dan menyebabkan penggunaan minyak mentah semakin rendah, sekali gus meningkatkan potensi berlakunya kehabisan ruang di tempat simpanan minyak.

Pergerakan yang ekstrem pada harga WTI juga menggambarkan sejauh mana isu lebihan bekalan semakin memberi kesan kepada pasaran minyak AS.

Golman Sachs Group Inc. menerusi nota mereka pula berkata kontrak WTI bagi bulan Jun akan terus menerima tekanan ke bawah beberapa minggu kehadapan dan dijangka akan berlakunya pengimbangan semula yang ekstrem pada pengeluran AS apabila tempat simpanan terisi sepenuhnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: