Netflix Unjur Jumlah Pelanggan Lebih Tinggi, Saham Melonjak 14 Peratus

Netflix Unjur Jumlah Pelanggan Lebih Tinggi, Saham Melonjak 14 Peratus

Netflix Inc membalikkan kerugian pelanggan dan memberikan outlook yang sedikit tinggi daripada jangkaan Wall Street, mengunjurkan pilihan penstriman

Netflix Inc membalikkan kerugian pelanggan dan memberikan outlook yang sedikit tinggi daripada jangkaan Wall Street, mengunjurkan pilihan penstriman baharu yang disokong iklan itu akan membantu menarik 4.5 juta pelanggan menjelang akhir tahun.

Saham Netflix di luar jam kerja melonjak hampir 14 peratus setelah merekodkan kejatuhan hampir 60 peratus tahun ini sebelum laporan pendapatan dikeluarkan.

Dari Julai hingga September, Netflix berjaya menarik 2.4 juta pelanggan baharu di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada ramalan 1.07 juta oleh majoriti penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.

Pada suku tersebut, Netflix mengeluarkan episod akhir sci-fi hit Stranger Things serta siri pembunuh bersiri Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story, yang menjadi salah satu siri paling banyak ditonton Netflix sepanjang masa.

Gergasi penstriman itu sedang berusaha untuk mengembalikan pertumbuhan keahlian selepas jatuh mendadak pada separuh pertama tahun, susut sebanyak sebanyak 1.2 juta pelanggan di tengah-tengah ekonomi global yang mencabar dan persaingan tontonan video dalam talian yang semakin meningkat.

Kebanyakan perkhidmatan telah berhenti berkembang di Amerika Syarikat, di mana pasaran telah mencapai kematangan. Peserta baharu, seperti Paramont+ Paramount Global, masih memperoleh bahagian pasaran susulan pengaturcaraan sukan secara langsung.

Dalam surat suku tahunannya kepada pemegang saham, Netflix menyatakan bahawa saingan-saingan syarikat media kehilangan wang daripada penstriman kerana mereka cuba menarik penonton.

“Pesaing kami melabur banyak untuk mendorong komitment pelanggan, namun membina perniagaan penstriman yang besar dan berjaya adalah sukar,” kata surat itu.

Netflix menganggarkan bahawa pesaing akan menamatkan 2022 dengan gabungan kerugian operasi “lebih AS$10 bilion (RM47 bilion),” berbanding keuntungan operasi tahunan Netflix sebanyak AS$5 bilion hingga AS$6 bilion.

Saingan seperti Walt Disney Co telah menjalankan pelbagai perniagaan termasuk rangkaian TV dan taman tema untuk mengimbangi kerugian penstriman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: