News Penting Buat AUD, GBP & USD: 02/10/2018

News Penting Buat AUD, GBP & USD: 02/10/2018

Keputusan Kadar Faedah Australia pada jam 12.30 menjadi tumpuan pertama pasaran pada hari Selasa. Rizab Bank Australia (RBA) telah kekal dengan kad

Keputusan Kadar Faedah Australia pada jam 12.30 menjadi tumpuan pertama pasaran pada hari Selasa.

Rizab Bank Australia (RBA) telah kekal dengan kadar yang sama melebihi dua tahun dan pada pertemuan bulan Oktober, mereka dijangka mengumumkan keputusan yang sama.

Secara keseluruhan, ekonomi Australia dalam keadaan baik namun tidak bergerak lebih cepat. Kebimbangan terhadap permintaan daripada benua Asia menekan sentimen.

Jika terdapat perubahan pandangan mengenai kadar pertukaran matawang atau inflasi, hal ini akan memberi impak kepada dollar aussie (AUD).

Kemudian pada jam 2 petang, pelabur akan mengikuti perkembangan harga perumahan di UK.

Bacaan indeks HPI UK menyusut -0.5% pada bulan Ogos dan dijangka pulih pada bulan September, naik 0.2%.

Sektor perkhidmatan UK bagi bulan September pula dijangka mengalami sedikit penurunan dengan bacaan indeks PMI diramalkan jatuh daripada 52.9 kepada 52.8 mata.

Angka daripada sektor ini bervolatiliti tinggi dan pernah mengejutkan pasaran dengan penurunan bacaan indeks di bawah 50 mata pada awal tahun ini dan perkara ini masih boleh berulang.

Bacaan indeks di bawah 50 mata menunjukkan kelembapan sedang berlaku.

Pada sesi pasaran AS, para pelabur akan sekali lagi mengikuti ucapan yang akan dikeluarkan oleh pengerusi Fed Jerome Powell pada jam 12 malam (Rabu).

Tiada maklumat yang baru dijangka akan diumumkan oleh Powell di dalam mesyuarat tahunan NABE kali ke 60 di Boston hari ini.

Namun para pelabur tetap akan meneliti sebarang petunjuk yang dapat menguatkan jangkaan rate hike pada bulan Disember hadapan melalui ucapan beliau yang bertajuk ‘The Outlook for Employment and Inflation’.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: