NFP 03/02/2017: Unjuran Mengikut Data Secara Kolektif

NFP 03/02/2017: Unjuran Mengikut Data Secara Kolektif

Sejak Donald Trump mengangkat  sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat, pasaran sentiasa memberikan peluang dan ruang bagi para pedagang mata wang me

Sejak Donald Trump mengangkat  sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat, pasaran sentiasa memberikan peluang dan ruang bagi para pedagang mata wang menjana keuntungan. Anda mendapat untung? Jika ya, jangan lupa bersedekah. Jika tidak, semak semula Trading Plan anda.

 

Sepanjang minggu ini 3 bank pusat telah membuat penetapan polisi kewangan masing-masing. Dimulai dengan Bank of Japan BOJ, diikuti pula Federal Reserve Open Market Committee FOMC, dan semalam diakhiri dengan Bank of England BOE. Masing-masing tidak merubah polisi sedia ada dan mengekalkan sehingga mesyuarat seterusnya kelak.

 

Mari beralih kepada set data NFP yang akan diterbitkan malam nanti jam 9.00malam waktu Malaysia. Sejak 6 minggu yang lalu, momentum belian dalam dagangan Greenback sedikit demi sedikit pudar dan ini disebabkan pasaran masih menunggu polisi ekonomi sebenar yang akan dibawakan Trump. Tindakan Trump yang menandatangani arahan eksekutif presiden yang kontroversi juga membuatkan Dolar AS terus dijual.

 

Melihat kepada data berkala makroekonomi secara kolektif,  terdapat tanda-tanda yang Dolar AS akan menguat malam ini. Unjuran ini dibuat dengan menjumlahkan kesemua data berkala makroekonomi yang diterbitkan daripada AS. Kelihatan data yang lebih baik jelas mengatasi data yang tersasar daripada jangkaan pasaran. Penjumlahan ini dibuat sejak data NFP yang lalu dikeluarkan.

 

Ini merupakan pendapat yang dibuat dengan data secara kolektif sahaja tanpa mengambil kira sentimen kebimbangan pasaran terhadap tindakan Trump yang membuat keputusan demi keputusan yang kontroversi. Setakat hari ini, majoriti keputusan Trump lebih banyak dikecam sejak mengangkat sumpah sebagai presiden AS.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: