NFP: Unjuran Mengikut Data Secara Kolektif

NFP: Unjuran Mengikut Data Secara Kolektif

Minggu ini merupakan minggu yang penuh drama bagi pedagang mata wang Pound Sterling. Hari demi hari Pound berada dalam tekanan jualan. Pagi tadi lebih

Minggu ini merupakan minggu yang penuh drama bagi pedagang mata wang Pound Sterling. Hari demi hari Pound berada dalam tekanan jualan. Pagi tadi lebih kurang jam 7 pagi waktu Malaysia, mata wang Pound Sterling menjunam sehingga 600 pips ke paras terendah terbaru 31 tahun pada harga terendah 1.20257 (XM Mt4).

 

Mari beralih kepada Data Perkerjaan Bukan Pertanian daripada Negara Uncle Sam atau lebih dikenali sebagai NFP. Sejak mula pasaran dibuka Isnin lalu, momentum kekuatan Dolar Amerika agak konsisten berbanding majoriti mata wang utama dunia

 

Mengikut teknik unjuran data secara kolektif, daripada 20 data berkala berimpak tinggi, 11 data merupakan data yang lebih baik daripada jangkaan, hanya 7 data berkala lebih buruk daripada jangkaan dan bakinya menepati jangkaan. Berdasarkan data-data berkala ini secara kolektif ada tanda-tanda yang Dolar Amerika akan mengukuh.

 

Ini merupakan pendapat peribadi saya hanya berdasarkan data-data berimpak tinggi sahaja. Data sebenar tiada siapa yang tahu sehingga ianya dikeluarkan.

 

Wallahualam

 

Penafian: Ini merupakan pandangan penulis dan tidak akan sesekali menggambarkan pendapat umum.

 

ctc-news

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: