Nigeria Bakal Lancar Mata Wang Digital Pertama Di Afrika

Nigeria Bakal Lancar Mata Wang Digital Pertama Di Afrika

Bank Pusat Nigeria (CBN) dalam satu kenyataan semalam berkata Presiden Nigeria Muhammadu Buhari akan merasmikan pelancaran mata wang digital negara d

Bank Pusat Nigeria (CBN) dalam satu kenyataan semalam berkata Presiden Nigeria Muhammadu Buhari akan merasmikan pelancaran mata wang digital negara dan yang pertama di Afrika pada hari ini.

Pemilik ekonomi terbesar di dalam blok Afrika itu akan menggunakan mata wang digital yang disokong oleh bank pusat susulan usaha mereka untuk memanfaatkan populariti kripto dan wang maya tempatan.

“Pelancaran eNaira adalah kemuncak daripada kerja penyelidikan beberapa tahun oleh Bank Pusat Nigeria,” kata bank itu dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Gabenor CBN Godwin Emefiele sebelum ini pernah berkata eNaira akan beroperasi sebagai dompet virtual di mana para pelanggannya boleh mengkases dana sedia ada di dalam akaun bank mereka.

Setelah pelancaran itu, pengubahsuaian dan peningkatan lebih lanjut akan dilakukan untuk membolehkan semua mendapat manfaat, terutama yang berada di luar bandar dan mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

CBDC dan mata wang kripto yang disokong oleh bank pusat adalah wang maya: CBDC dikeluarkan dan dikawal selia oleh bank pusat sementara mata wang kripto berada di luar kawalan kerajaan.

Menurut jejak kajian CBDC oleh Atlantic Council Amerika, lima negara termasuk Bahamas telah melancarkannya setakat ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: