November 2018, Berakhirnya Peningkatan Dollar?

November 2018, Berakhirnya Peningkatan Dollar?

Para pelabur dilihat menghentikan sementara pembelian dollar didorong oleh faktor-faktor yang telah mengangkat greenback sepanjang tahun ini mula menu

Para pelabur dilihat menghentikan sementara pembelian dollar didorong oleh faktor-faktor yang telah mengangkat greenback sepanjang tahun ini mula menunjukkan perubahan.

Sekiranya hal ini berterusan, kemungkinan berakhirnya pengukuhan dollar adalah tinggi.

Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun momentum pergerakan dollar dilihat lebih berisiko untuk jatuh ke paras yang lebih rendah.

Seperti yang ditulis di dalam artikel yang lalu, empat faktor utama telah menyokong pengukuhan dollar sepanjang tahun ini iaitu prestasi ekonomi yang baik, peningkatan kadar faedah, tekanan pasaran ekuiti dan dasar perdagangan Trump.

Walaupun laporan ekonomi AS menunjukkan perkembangan yang baik dengan peningkatan pertumbuhan harga dan perbelanjaan pengguna, akan tetapi pertumbuhan permintaan ‘teras’ tidak begitu memberansangkan.

Tambahan pula, pendirian hawkish para pegawai FOMC kini semakin lemah dengan Pengerusi Fed Jerome Powell mula menyuarakan kebimbangan beliau terhadap halangan ekonomi yang bakal dihadapi AS pada tahun 2019.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Fed Richard Clarida turut menjelaskan bahawa terdapat bukti yang mengisyaratkan kelembapan ekonomi global dan bank pusat perlu memasukkan faktor tersebut ke dalam outlook dasar kewangan mereka.

Clarida juga pesimis akan berlakunya lonjakan inflasi tahun ini. Mengambil kira kesemua faktor yang diatas, kedua-dua pegawai tertinggi bank pusat tetap yakin dengan keadaan ekonomi domestik dan dijangka akan meneruskan rate hike pada bulan Disember.

Namun begitu, pasaran melihat kemungkinan yang tinggi untuk Fed mengeluarkan outlook yang kurang hawkish pada mesyuarat dasar bulan hadapan.

Tanpa data ekonomi yang signifikan selain daripada perkembagan sektor perumahan AS, sentimen baru yang sedang memandu pasaran dilihat berpotensi menambahkan tekanan greenback pada minggu ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berundur daripada paras tertinggi 97.69 dan merekodkan penurunan -0.50% sepanjang minggu lalu ke paras 96.43 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: