NZD/JPY ABC Correction

NZD/JPY ABC Correction

Setelah harga melakukan 3 hayunan penurnan dari puncak 2 September yang berakhir sebagai struktur (W), kini harga berada didalam fasa pengunduran pas

Setelah harga melakukan 3 hayunan penurnan dari puncak 2 September yang berakhir sebagai struktur (W), kini harga berada didalam fasa pengunduran pasaran didalam 3 gelombang.

Gelombang (A) of (X) berakhir pada puncak 70.23 dan kemudian menyelesaikan gelombang (B) yang terbentuk sebagai satu Flat Correction ABC dengan struktur dalaman gelombang (a) of (B) berakhir pada 69.53, gelombang (b) of (B) berakhir pada paras harga tinggi 70.33 dan terakhir gelombang (c) of (B) pada 69.39.

Ketika ini harga sedang menyiapkan gelombang (C) of (X) dengan gelombang (i) berakhir pada 69.91, gelombang (ii) pada 69.56, gelombang (iii) pada 70.49 dan dicadangkan gelombang (iv) telah berakhir pada 69.94. Masih terdapat satu lagi kaki pendakian untuk gelombang (v) yang dijangka untuk berakhir didalam satu kawasan kotak biru yang telah dikenal pasti antara 71.11 – 71.82 dan seterusnya menyambung semula penurunan untuk gelombang ( Y ).

Penjualan boleh dilakukan didalam kotak biru sekiranay terdapat corak Bearish candlestick timeframe 4jam dengan Stop Loss sedikit berada diatas puncak 71.96.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: