NZDUSD Mengukuh Dalam Spekulasi Dasar RBNZ

NZDUSD Mengukuh Dalam Spekulasi Dasar RBNZ

NZDUSD mengukuh hampir 70 mata pada awal sesi dagangan Asia hari ini (Rabu) , berikutan siaran laporan kestabilan kewangan Reserve Bank of New Zealand

NZDUSD mengukuh hampir 70 mata pada awal sesi dagangan Asia hari ini (Rabu) , berikutan siaran laporan kestabilan kewangan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) di bulan Mei. Pasaran menilaikan lebih berhati-hati didalam pertimbangan kesan penurunan kadar faedah acuan dalam peningkatan permintaan pinjaman perumahan.

Dalam ucapannya selepas siaran laporan kestabilan kewangan RBNZ, Gabenor Graeme Wheeler mengesahkan bank Utama tengah memantau lebih khusus perkembangan di dalam pasaran hartanah. Bulan lalu kadar faedah New Zealand dipotong menjadi rekod terendah 2.25% dan berkemungkinan kadar faedah akan dipotong lagi supaya boleh mencapai sasaran inflasi.

Walaubagaimanapun bank Utama bimbang tentang peningkatan kadar faedah yang boleh menyebabkan permintaan pinjaman perumahan yang tinggi, dan sekali bakal memberikan risiko pada pemberi pinjaman serta sistem kewangan jika berlaku penurunan harga hartanah dalam tiba-tiba.

Pada pukul 7:40 Waktu Malaysia, NZDUSD berada di paras 0.6798 mengukuh 42 mata berbanding harga penutupan sesi sebelum ini. Pengukuhan berikut berpotensi untuk mencuba daya ketahanan di 0.6845 dan support terdekat di paras 0.6760.

KTM_690SMR-ok_2007_01_1024x768 copy

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0