OPEC: 1.2 Juta Tong Pengeluaran Minyak Sedia Dipotong Selama 6 Bulan Bermula Januari 2019

OPEC: 1.2 Juta Tong Pengeluaran Minyak Sedia Dipotong Selama 6 Bulan Bermula Januari 2019

Fokus para pelabur minyak pada minggu ini akan tertumpu kepada bekalan minyak global selepas OPEC dan sekutu mereka bersetuju untuk memotong pengeluar

Fokus para pelabur minyak pada minggu ini akan tertumpu kepada bekalan minyak global selepas OPEC dan sekutu mereka bersetuju untuk memotong pengeluaran bermula Januari hadapan.

Sebagai usaha mengekang masalah lebihan bekalan, OPEC pada hari Jumaat lalu telah mengumum akan menghadkan sebanyak 1.2 juta tong sehari daripada keseluruhan jumlah pengeluaran negara yang terlibat sepanjang enam bulan pertama tahun 2019.

OPEC kan memotong sebanyak 800 juta tong sehari (bdp) pengeluaran minyak daripada paras bulan Oktober sementara Rusia dan sekutu non-OPEC yang lain menyumbang pemotongan sebanyak 400 juta bdp.

Laporan di atas telah menyebabkan pasaran niaga hadapan minyak di kaunter NYMEX dan ICE berjaya keluar daripada paras terendah minggu yang lalu.

Minyak WTI tutup pada harga $52.14 sementara minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa tutup di paras $61.31 per tong.

Seperti yang telah sedia maklum, pasaran minyak telah kerugian lebih 30% daripada rekod tertinggi tahun 2018 yang dicapai pada bulan Oktober, dipandu oleh kebimbangan pasaran terhadap permintaan yang lemah dan bekalan yang semakin tinggi.

Data bekalan minyak komersial AS yang menjadi ukuran kepada kekuatan permintaan pengguna terbesar minyak dunia menjadi perhatian utama pelabur disamping akan melihatt sejauh mana output mereka akan terus meningkat.

Selepas 11 minggu berturut-turut, EIA akhirnya melaporkan kejatuhan bekalan minyak sebanyak 7.3 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 30 November.

Sementara itu, syarikat Baker Hughes pada hari Jumaat lalu turut melaporkan penurunan 10 aktiviti galian minyak yang aktif kepada 877 unit.

Pada minggu ini, para pelabur akan mendapatkan maklumat berkenaan paras permintaan dan bekalan minyak global melalu laporan bulanan daripada OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: