OPEC+ Akan Memastikan Harga Minyak Tidak Lagi Jatuh Mendadak

OPEC+ Akan Memastikan Harga Minyak Tidak Lagi Jatuh Mendadak

OPEC+ akan memastikan harga minyak tidak lagi jatuh mendadak ketika menetapkan polisi pada mesyuarat akhir November nanti, jelas Ketua Setiusaha OPEC

OPEC+ akan memastikan harga minyak tidak lagi jatuh mendadak ketika menetapkan polisi pada mesyuarat akhir November nanti, jelas Ketua Setiusaha OPEC, Mohammad Barkindo semalam.

“Saya ingin meyakinkan anda bahawa OPEC dan non-OPEC akan terus melakukan yang terbaik, iaitu dengan memastikan bahawa kita tidak lagi terjun ke dalam kejatuhan teburuk dalam sejarah sebagaimana yang telah kita lihat”, ujar Barkindo di Energy Intelligence Forum.

Ketika disoal mengenai rancangan apakah terdapat ruang untuk OPEC+ meningkatkan pengeluaran minyak pada bulan Januari, Barkindo berkata “Kita harus bersikap realistik bahawa pemulihan masih tidak bergerak pada kadar yang kita harapkan dahulu”.

Menerusi mesyuarat teknikal jawatankuasa OPEC+ yang berlansung semalam, kadar pematuhan syarat pemotongan dilaporkan mencecah 102% pada September lalu.

Negara seperti Iran, Nigeria dan UAE yang sebelum ini tidak memenuhi komitmen telah diarahkan supaya menambah jumlah pemotongan sehingga akhir tahun ini bagi mengimbangi kekurangan tersebut.

Sementara itu, rancangan OPEC+ untuk mengurangkan pemotongan sebanyak 2 juta tong sehari (bpd) pada bulan Januari daripada 7.7 juta bpd ketika ini masih berjalan seperti biasa, namun sebarang perubahan akan diputuskan pada pertemuan bulan hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: