opec01

OPEC+ Akan Pertimbangkan Pemotongan Output Lebih Satu Juta Tong Sehari

OPEC+ akan mempertimbangkan pengurangan pengeluaran minyak mentah lebih daripada satu juta tong sehari (bpd) dalam mesyuarat 5 Oktober ini.

Reuters melaporkan sumber daripada OPEC menyebutkan pengurangan itu berkemungkinan sedikit tinggi berbanding anggaran pemotongan yang dimaklumkan minggu lepas, sekitar 500,000 bpd hingga 1 juta bdp.

Ketika konflik perang antara Rusia-Ukraine sedang memuncak, OPEC+ yang menggabungkan negara pengeluar utama dari Timur Tengah dengan Rusia dan sekutunya akan bertemu semula di Vienna buat kali pertama sejak Mac 2020.

“Ia adalah pertemuan yang sedang berlangsung dalam suasan global yang sangat menarik,” kata sumber itu.

Pemotongan output menjadi salah satu agenda utama yang akan diperbincangkan susulan kejatuhan berterusan harga minyak daripada paras tertinggi yang dicapai pada bulan Mac.

Selain itu, volatiliti pasaran yang tinggi akibat daripada terjejasnya penghantaran serta konflik perang di Ukraine turut mendorong OPEC+ untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Arab Saudi, ketua de facto OPEC, telah mula membangkitkan isu kemungkinan berlakunya pemotongan output bagi membetulkan pasaran sejak bulan Ogos yang lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *