OPEC: Pemulihan Pasaran Minyak Mungkin Mengambil Masa Lebih Lama

OPEC: Pemulihan Pasaran Minyak Mungkin Mengambil Masa Lebih Lama

Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo pada hari Isnin lalu berkata pemulihan pasaran minyak berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama ber

Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo pada hari Isnin lalu berkata pemulihan pasaran minyak berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama berikutan gelombang terbaru jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Beliau juga menegaskan OPEC dan sekutu mereka OPEC+ akan mengekalkan usaha untuk mengimbangi pasaran.

OPEC dan sekutu yang diketuai Rusia yang telah menghadkan pengeluaran pada rekod tertinggi sejak April bakal meningkatkan semula output pada bulan Januari secara beransur-ansur.

Namun ketika ditanya apakah OPEC akan mengubah strategi mereka berhadapan gelombang virus kedua, Barkindo berkata beliau masih optimis bahawa pemulihan akan terus berlangsung.

“Pemulihan berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin di paras terendah, namun kami tetap bertekad untuk kekal dengan usaha ini”, jelas beliau.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada hari Khamis lalu berkata Rusia tidak menolak untuk terus menghadkan pengeluaran minyak jika keadaan pasaran memerlukannya.

Pengeluar OPEC+ telah memenuhi purata 100% komitmen pemotongan output mereka dan akan terus mengekalkannya sehingga simpanan menyusut lebih besar, ujar Barkindo.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: