OPEC+ Sedia Adakan Mesyuarat Tergempar Jika Omicron Jejas Permintaan

OPEC+ Sedia Adakan Mesyuarat Tergempar Jika Omicron Jejas Permintaan

Harga minyak berjaya mengekalkan momentum pada Jumaat, meneruskan peningkatan selepas OPEC+ mengumumkan bahawa mereka akan menilai keputusan untuk me

Harga minyak berjaya mengekalkan momentum pada Jumaat, meneruskan peningkatan selepas OPEC+ mengumumkan bahawa mereka akan menilai keputusan untuk menambah bekalan pada mesyuarat seterusnya jika varian Omicron menjejaskan permintaan.

Sehingga jam 2.40 petang, niaga hadapan minyak mentah WTI AS meningkat $1.37, atau 2.0%, kepada $67.88 setong menambah kepada kenaikan 1.4% pada Khamis.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent pula naik $1.30 sen, atau 1.94%, kepada $71.00 setong, selepas meningkat 1.2% pada sesi sebelumnya.

Walaupun dengan peningkatan tersebut, harga bagi kedua-dua minyak mentah ini masih di landasan untuk mencatat kemunduran enam minggu berturut-turut.

Gabungan OPEC+ semalam mengejutkan pasaran apabila sedikit berbelah bahagi dengan perancangan menambah 400,000 tong minyak mentah sehari pada Januari.

Hal ini kerana negara-negara pengeluar utama itu bersetuju akan mengubah dasar serta merta jika permintaan terjejas dengan sekatan-sekatan yang dikenakan bagi membendung varian Omicron.

Mereka juga berkata akan melakukan satu mesyuarat tergempar sebelum pertemuan rasmi yang dijadualkan pada 4 Januari jika keadaan mendesak.

Bagaimanapun, penganalisis ANZ Reseatch dalam satu notanya berkata pengumuman itu telah mendorong peningkatan harga, namun dengan jangkaan OPEC+ tidak akan menghentikan perancangannya menambah pengeluaran.

Penganalisis Wood Mackenzie Ann-Louise Hittle berkata adalah wajar bagi OPEC+ untuk berpegang pada dasar mereka buat masa ini, memandangkan masih tidak jelas bagaimana kesan Omicron, adakah lebih ringan atau teruk jika dibandingkan dengan varian sebelumnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: