Optimis ECB Menolak EUR/USD Naik Lebih 100 Pips

Optimis ECB Menolak EUR/USD Naik Lebih 100 Pips

Bank Pusat Eropah (ECB) mengeluarkan pandangan yang optimis terhadap ekonomi, inflasi dan pendapatan dalam laporan minit mesyuarat bagi bulan Disember

Bank Pusat Eropah (ECB) mengeluarkan pandangan yang optimis terhadap ekonomi, inflasi dan pendapatan dalam laporan minit mesyuarat bagi bulan Disember yang dikeluarkan pada hari ini.

EUR/USD naik mendadak ke paras 1.1993 selepas laporan dikeluarkan sehingga berjaya memecahkan garisan rintangan paling signifikan 1.2 dan kini didagang sekitar 1.2041.

ECB sedang merancang untuk mengubah foward guidance (unjuran masa hadapan dasar kewangan) mereka sekiranya ransangan ekonomi berterusan.

Pada Oktober lalu, ECB telah mengumumkan untuk mengurangkan pembelian bon daripada $60 billion kepada $30 billion Euro sehingga September 2018, namun masih belum memutuskan sama ada untuk menamatkan program pembelian atau sebaliknya.

Dalam laporan minit mesyuarat kali ni menjelaskan bahawa forward guidance akan diubah dengan ‘awal tahun 2018’menjadi rujukan. Apakah ECB akan mengumumkan tarikh tamat pembelian bon selepas bulan September dalam pertemuan bulan ini?

Kelemahan USD turut menjadi punca lonjakan EUR/USD. Setakat jam 11.30 malam, dollar AS ditekan akibat dua laporan yang mengecewakan iaitu bacaan Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang semakin perlahan, susut -0.1% dan tuntuan pengangguran yang meningkat kepada 261 ribu, melebih jangkaan 246 ribu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback jatuh -0.52% kepada 91.63. Berikut merupakan perubahan USD berbanding matawang lain di awal sesi dagangan Amerika Syarikat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: