Optimis Terhadap Pemulihan Ekonomi Tingkatkan Sentimen Pelabur

Optimis Terhadap Pemulihan Ekonomi Tingkatkan Sentimen Pelabur

Seluruh pasaran Asia, Eropah dan AS semalam mencatat peningkatan berikutan sambutan positif terhadap pengukuhan data pekerjaan AS, yang mana menguatk

Seluruh pasaran Asia, Eropah dan AS semalam mencatat peningkatan berikutan sambutan positif terhadap pengukuhan data pekerjaan AS, yang mana menguatkan keyakinan para pelabur terhadap proses pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.

Data gaji sektor swasta AS (ADP), yang dikeluarkan pada 5 Mei menunjukkan penambahan 742,000 pekerjaan pada bulan April, menandakan kenaikan empat bulan berturut-turut.

Angka tersebut menjadi perhatian berikutan kebanyakkan penambahan yang berlaku adalah di dalam sektor perkhidmatan, sektor yang paling terjejas akibat sekatan berkaitan virus sejak tahun lalu.

Walaupun bacaan yang diterbitkan lebih rendah daripada jangkaan, namun mengesahkan bahawa isu pengangguran semakin reda dan ahli ekonomi melihat momentum itu akan berlanjutan ketika aktiviti ekonomi dapat dibuka sepenuhnya.

Selain itu, tindakan White House untuk mengecualikan perlindungan peten bagi pembuatan vaksin Covid-19 secara global turut membantu meningkatkan harapan untuk melihat pemulihan yang lebih pantas, terutamanya di negara-negara miskin yang mengalami kesukaran mendapat akses bekalan vaksin tersebut.

Namun begitu, masih terdapat kebimbangan yang tinggi terhadap isu lonjakan inflasi jika berlakunya ‘overheating’ ekonomi pada tahun ini sehingga memaksa Fed untuk mengetatkan dasar secara tiba-tiba.

Tambahan pula, pasaran juga masih belum menerima mesej yang jelas daripada ahli-ahli FOMC berikutan mereka sering kali mengulangi kenyataan bahawa bank pusat akan tetap bertahan sehingga isu penggauran reda dan tekanan inflasi terus meningkat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: