Optimis Terhadap Perkembangan Hubungan Perdagangan AS-China Pulihkan Sentimen Pasaran

Optimis Terhadap Perkembangan Hubungan Perdagangan AS-China Pulihkan Sentimen Pasaran

Sentimen pasaran pulih pada hari Selasa didorong oleh harapan ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China dapat dikurangkan. Perkara ini me

Sentimen pasaran pulih pada hari Selasa didorong oleh harapan ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China dapat dikurangkan.

Perkara ini mendorong pemulihan saham-saham di Eropah dan saham hadapan (futures) AS turut memberi gambaran yang sama.

South China Morning Post melaporkan bahawa ketua perunding perdagangan dan juga pegawai tertinggi China kini sedang bersiap sedia untuk melawat AS menjelang pertemuan antara ketua kedua-dua buah negara pada akhir bulan ini.

Timbalan Presiden China Liu He, dijangka hadir ke Washington sebagai langkah persediaan menjelang sebelum Presiden Trump dan Ketua Negara China Xin Jinping bertemu di dalam persidangan negara G20 di Argentina.

Menerusi laporan yang berlainan, Liu He dan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dikatakan telah berbincang melalui panggilan telefon buat pertama kali bulan ini mengenai sebarang syarat-syarat perdagangan yang mungkin dapat mengurangkan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

AS telah mengenakan tarif import melebihi separuh daripada keseluruhan $500 billion barangan China dan China turut membalas serangan dengan memperkenalkan duti import baru pada kadar yang sama.

Kegagalan rundingan untuk menyelasaikan aduan AS berkenaan dasar industri China, kesukaran mendapatkan akses ke dalam negara tersebut serta defisit dagangan AS bernilai $375 billion mengeruhkan lagi konflik hubungan perdagangan antara AS dan China sehingga hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: