Outlook Ekonomi Yang Suram Memaksa Fed Kekalkan Ransangan

Outlook Ekonomi Yang Suram Memaksa Fed Kekalkan Ransangan

Dolar AS negatif selepas pengumuman bank pusat AS awal pagi tadi. Fed mengekalkan dasar kewangan seperti yang dijangkakan dengan perubahan kecil pada

Dolar AS negatif selepas pengumuman bank pusat AS awal pagi tadi. Fed mengekalkan dasar kewangan seperti yang dijangkakan dengan perubahan kecil pada kenyataan mereka.

Ulasan pengerusi Fed, Jerome Powell telah menyebabkan greenback naik dan turun antara keuntungan dan kerugian.

Beliau menyebutkan, “data frekuensi tinggi menunjukkan kadar pemulihan kelihatan semakin perlahan sejak pertengahan bulan Jun,” sekali gus memberi sokongan sementara kepada matawang USD.

Namun USD kembali merosot apabila Powell mengisytiharkan bahawa bank pusat tidak memikirkan untuk menaikkan kadar dan menyuarakan keyakinan beliau terhadap bantuan kritikal fiskal kepada proses pemulihan ekonomi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.46% kepada 93.26 mata.

Pasangan matawang EUR/USD melonjak melepasi 1.18 setelah kenyataan di atas disiarkan. GBP/USD pula naik merentasi harga 1.30 manakala USD/JPY tutup dengan perubahan kecil sekitar 105 pada sesi yang lalu.

Reaksi matawang-matawang komoditi seperti CAD dan AUD pula sedikit lambat, namun tetap mengukuh dengan sokongan peningkatan harga minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: