paddy-japan

Padi Jepun Yang Mengering Kini Menjadi Ancaman Keselamatan Negara

Peperangan yang melanda Rusia dan Ukraine telah mendesak Jepun untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanannya.

Kini, dengan ketegangan yang meningkat di Taiwan, gesaan semakin meningkat untuk menangani satu lagi ancaman keselamatan: sawah padi yang layu.

Selama beberapa dekad yang lalu, rakyat Jepun semakin kurang memakan nasi dan ikan dengan lebih cenderung kepada roti, daging dan minyak yang boleh dimakan.

Situasi tersebut telah mengakibatkan nisbah sara diri makanan berasaskan kalori negara itu merosot kepada 37% pada 2020 daripada 73% pada 1965 — yang paling rendah dalam kalangan ekonomi utama.

Toshiyuki Ito, naib laksamana bersara untuk Pasukan Pertahanan Maritim Jepun, berkata pengabaian sawah padi dan tanah pertanian lain oleh kerajaan menyebabkan negara itu lebih terdedah dengan risiko berbanding sebelum ini.

“Mereka tidak melakukan apa-apa untuk keselamatan negara dan hanya berfikir tentang kecekapan ekonomi,” jelas Ito yang kini seorang profesor di Institut Teknologi Kanazawa.

Kesan harga bijirin global yang lebih tinggi, kekurangan baja dan inflasi bahan api, diburukkan lagi oleh nilai yen yang lebih rendah telah mendorong pasar raya menaikkan kesemua harga barangan daripada mi ramen segera hingga ais krim.

Namun begitu, sebarang sekatan yang besar atau gangguan kepada laluan laut di sekitar China dan Selat Taiwan mampu memberikan implikasi yang lebih besar daripada hanya inflasi harga.

Berbeza dengan AS dan EU, Jepun hanya mempunyai sokongan yang kecil sekiranya import makanan berkurangan.

Bagi memastikan keselamatan negara terjamin, adalah penting bagi Jepun untuk meningkatkan jumlah beras dan gandum yang ditanam di dalam negara, kata Nobuhiro Suzuki, seorang profesor ekonomi pertanian di Universiti Tokyo.

Dari segi keselamatan negara, makanan harus diutamakan sebelum senjata,” katanya. “Jika anda tidak mempunyai makanan, anda tidak boleh melawan.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *