Pagi Yang Gelap Buat EUR

Pagi Yang Gelap Buat EUR

EUR jatuh mendadak seawal pembukaan pasaran dagangan sesi Asia terutamanya berbanding Yen setelah Kanselor Angela Merkel mengisytiharkan bahawa bidaan

EUR jatuh mendadak seawal pembukaan pasaran dagangan sesi Asia terutamanya berbanding Yen setelah Kanselor Angela Merkel mengisytiharkan bahawa bidaan beliau gagal untuk membentuk kerajaan baru malam semalam di Berlin.

Setelah sebulan rundingan berlangsung, Free Democratic Party FDP salah satu parti yang dikatakan akan menjadi pakatan terkuat Merkel menarik diri. Merkel masih mempunyai pilihan untuk membina pakatan bersama Social Demokratik Party yang mana mereka telah bersama membentuk kerajaan yang lalu sejak 2013.

Merkel kini bakal berhadapan dengan kemungkinan untuk berlakunya pilihanraya yang baharu sekali lagi jika gagal untuk mendapatkan pakatan untuk membentuk kerajaan. Jerman merupakan negara ke-4 terbesar di dalam zon ekonomi Eropah. Perkembangan ini sedikit memberi kesan pada matawang EUR.

Euro telah disokong oleh kekuatan data ekonomi zon Eropah dan spekulasi bahawa ECB akan lebih ‘hawkish’ tentang prospek dasar kewangan mereka. Peningkatan prospek ekonomi adalah positif bagi EUR, dengan pertumbuhan blok ekonomi ini yang mengatasi AS pada suku ketiga.

Untuk jangka masa yang lebih panjang, faktor pendorong yang lebih kuat untuk EUR adalah bergantung kepada apa yang akan dilakukan oleh ECB. Draghi dijadualkan berucap pada sebelah malam nanti sekitar jam 10. Mampukah “Super Mario” Draghi memulihkan kekuatan EUR?

Bagi pasangan matawang EURJPY, di D1 harga telahpun berjaya mencapai paras Fibonacci 38.20 dan kini dijangkakan harga akan mula bergerak naik ke atas semula setelah proses ‘retracement’ tamat. Namun, kita masih mempunyai paras Fibonacci 23.60 yang belum dilewati, menandakan mungkin juga EURJPY berpotensi untuk turun lebih rendah lagi.

Belian jangka masa sederhana-panjang dalam kejatuhan atau ‘dip buy’ boleh dilakukan pada ketika ini dengan ‘exit’ di bawah harga 129.390 dan ‘take profit’ di sekitar 135.790 sehingga 137.530.

https://my.tradingview.com/chart/EURJPY/XkmjF4vw/

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: