Pakar & Data Menunjukkan Kenaikan Inflasi Masih Bersifat Sementara – Biden

Pakar & Data Menunjukkan Kenaikan Inflasi Masih Bersifat Sementara – Biden

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan minggu ini cuba untuk mengurangkan kebimbangan terhadap isu kenaikan harga yang mengancam pemulihan ekonomi A

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan minggu ini cuba untuk mengurangkan kebimbangan terhadap isu kenaikan harga yang mengancam pemulihan ekonomi AS, dengan mengatakan lonjakan inflasi sekarang adalah “sementara” dan bukan masalah jangka panjang.

Beliau juga menyebutkan kaedah terbaik untuk memastikan ekonomi terus di atas landasan yang tepat adalah dengan meluluskan penambahan belanjawan negara dalam bentuk pakej infrastruktur bipartisan.

Malah Biden menegaskan bahawa program vaksinasi dan agenda domestik beliau, termasuk menyuntik trilionan dolar ke dalam ekonomi akan “meredakan tekanan inflasi” berbanding meningkatkannya.

Rantaian bekalan global telah menghadapi cabaran untuk mengembalikan rentak pemulihannya susulan penularan wabak Covid-19, sehingga mendorong kenaikan harga pada kebanyakan produk.

“Sesetengah orang telah menimbulkan kebimbangan bahawa hal ini boleh menjadi tanda inflasi yang berterusan, tetapi itu bukan pandangan kami,” kata Biden dalam ucapan di White House.

“Pakar kami percaya, dan data menunjukkan, bahawa sebahagian besar kenaikan harga yang kami lihat itu masih dijangka bersifat sementara.”, jelas beliau.

Biden juga menekankan bahawa keadaan ekonomi keseluruhannya sihat walaupun terdapat “ramalan yang suram” dari pengritik Republik sejak enam bulan beliau mentadbir negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: