Pakej Bantuan Covid-19 Bersamaan 20% KDNK Negara, Menteri Kewangan Perancis

Pakej Bantuan Covid-19 Bersamaan 20% KDNK Negara, Menteri Kewangan Perancis

Usaha kerajaan Perancis membantu ekonomi mengatasi krisis koronavirus telah menelan belanja sehingga EUR$450 billion, bersamaan 20% KDNK, jelas mente

Usaha kerajaan Perancis membantu ekonomi mengatasi krisis koronavirus telah menelan belanja sehingga EUR$450 billion, bersamaan 20% KDNK, jelas menteri Kewangan mereka pada hari Isnin yang lalu.

Sejak pertengahan bulan Mac, Perancis telah memperkenalkan pakej bantuan termasuk pembayaran subsidi kerajaan, pinjaman jaminan negara, penangguhan cukai dan penyerahan dana kepada peniaga-peniaga kecil.

“Jika kita mengambil kira semua tindakan yang telah dilaksanakan di dalam belanjawan bagi membantu aliran tunai perniagaan, ai mencecah 450 miliar euro, 20% dari jumlah kekayaan negara di atas meja,” kata Menteri Kewangan Bruno Le Maire kepada rancangan TV BFM.

Beliau juga menekankan bahawa pinjaman yang dijamin oleh negara yang bernilai $300 billion EUR, hanya akan memberi impak langsung ke atas belanjawan sekiranya peminjam jatuh muflis dan jaminan terpaksa digunakan.

Sehingga hari ini, kerajaan Perancis telah memperuntukkan $100 billion EUR bagi membantu ekonomi berhadapan krisis Covid-19, namun angka tersebut akan diperbaharui menerusi semakan semula belanjawan 2020 pada 10 Jun.

Menurut Le Maire, di antara yang menelan kos belanjawan paling tinggi adalah pemberian subsidi negara dan kerajaan dijangka akan mengurangkannya pada bulan hadapan.

Sepanjang krisis, negara telah membayar 70% daripada gaji kasar para pekerja syarikat, namun Le Maire menegaskan bahawa angka pembayaran tersebut akan dikurangkan secara beransur-ansur.

Sektor-sektor yang dikatakan terjejas teruk akibat wabak koronavirus akan memperoleh manfaat yang khusus daripada kerajaan.

Le Maire mengatakan bahawa Presiden Emmanuel Macron akan mengumumkan “langkah-langkah yang lebih kukuh” supaya pengeluar kenderaan dapat meningkatkan permintaan, namun memerlukan mereka mengubah beberapa lokasi pengeluaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: