Pakej Bantuan Tenaga £40 bilion PM Truss Pandu GBP/USD Hampiri 1.1600

Pakej Bantuan Tenaga £40 bilion PM Truss Pandu GBP/USD Hampiri 1.1600

GBP/USD telah mengumpul momentum pemulihan dan maju ke arah 1.1600 pada hari ini. Tinjauan teknikal jangka pendek menunjukkan harga akan terus menaik

GBP/USD telah mengumpul momentum pemulihan dan maju ke arah 1.1600 pada hari ini. Tinjauan teknikal jangka pendek menunjukkan harga akan terus menaik menjelang data PMI Perkhidmatan ISM AS untuk Ogos malam ini.

Kurangnya kecairan ketika cuti Hari Pekerja di AS semalam, keinginan risiko dalam pasaran menyukarkan aliran masuk dolar AS, sekali gus menolak GBP/USD ke paras yang lebih tinggi.

Setakat jam 7 malam, pasangan mata wang itu didagang sekitar 1.1570, naik 0.50 peratus.

Tambahan pula, indeks saham FTSE UK kekal dalam zon positif pada awal sesi dagangan hari ini, membantu GBP/USD kekal bullish dua sesi dagangan berturut-turut.

Perdana Menteri UK yang baharu Liz Truss pada hari Isnin berjanji untuk menangani krisis tenaga dan berkata bahawa beliau akan menyampaikan rancangan untuk mengurangkan cukai dan mengembangkan ekonomi.

Truss dijangka mendedahkan rancangannya pada Khamis ini dan menurut beberapa saluran berita, Truss sedang mempertimbangkan pembekuan yang lama ke atas bil tenaga untuk isi rumah dan perniagaan.

Walaupun masih sukar untuk menilai bagaimana langkah sedemikian akan memberi kesan kepada tinjauan dasar Bank of England pada masa hadapan, namun kesan positif terhadap persepsi risiko dilihat telah membantu pound untuk jangka masa pendek.

Fokus kini beralih kepada data PMI Perkhidmatan ISM AS yang akan diterbitkan pada jam 10 malam.

Penurunan di luar jangkaan dalam komponen inflasi mampu menjejaskan dolar AS dan membuka laluan kepada GBP/USD untuk meneruskan peningkatan.

Para pelabur juga akan meneliti prestasi saham AS. Jika indeks utama Wall Street masih bergelut dengan pemulihan yang meyakinakan, aliran safe-haven akan memberi kekuatan kepada dolar sekali gus mengehadkan kenaikan GBP/USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: