Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dalam satu kenyataannya menekanan keperl
Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dalam satu kenyataannya menekanan keperluan kepada campur tangan segera kerajaan berikutan beberapa indikator seperti kadar pengangguran dan pertumbuhan KDNK yang tidak memberansangkan, malah mungkin akan lebih buruk daripada bacaan sedia ada.
“Pengenalan Paker Ransangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menjadi bukti komitmen penuh kerajaan untuk menangani kelembapan ekonomi supaya dapat mengurangkan kesan negatif ke atas rakyat dan perniagaan”, ujar beliau.
“Kerajaan komited untuk membelanjakan berbilion-bilion ringgit menerusi pakej PRIHATIN dan PENJANA. Langkah seterusnya adalah mendapatkan sumber pandanaan melalui pinjaman yang akan meningkatkan defisit fiskal.
Itulah realiti kerana pilihan pembiayaan yang terhad terutamanya dalam suasana pandemik Covid-19″, jelas beliau kepada Bernama baru-baru ini.
Mengenai kelebihan menaikkan hutang menerusi pinjaman domestik, Ahmed Razman menerangkan bahawa ianya akan melindungi kerajaan daripada turun naik kadar pertukaran matawang asing.
Sebagai contoh, terbitan bon Samurai oleh kerajaan Malaysia bernilai 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada kadar faedah 0.63 peratus pada awal tahun lepas, katanya.
“Walaupun kadar faedahnya rendah, namun kita akhirnya akan membayar lebih banyak setiap tahun jika yen meningkat dengan ketara berbanding ringgit dalam beberapa tahun mendatang, namun risiko itu tidak timbul jika pinjaman dibuat secara domestik (di dalam negara),” katanya.
Mengulas tentang sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal kurang daripada 4.0 peratus KDNK dalam tempoh tiga tahun kehadapan, beliau berkata ia boleh dicapai memandangkan Malaysia pernah merekodkan defisit fiskal kurang daripada 4.0 peratus sejak enam tahun lepas.
“Ketika defisit fiskal berada di paras 6.7% pada tahun 2009, kami berjaya menurunkannya kurang daripada 4% pada tahun 2013. Saya yakin dengan unjuran defisit fiskal 6% pada tahun ini, kami mampu mengurangkannya di bawah 4% pada tahun 2023, dengan syarat tiada krisis ekonomi besar melanda rantau Asia dan dunia beberapa tahun kehadapan”, tambah beliau.
COMMENTS