Pan Malaysia Ambil Alih 51 Peratus Kepentingan Dalam A&W (M) Sdn Bhd

Pan Malaysia Ambil Alih 51 Peratus Kepentingan Dalam A&W (M) Sdn Bhd

Pembuat biskut berasaskan manisan dan koko, Pan Malaysia Corp Bhd (PMC) telah memeterai perjanjian jual beli dengan Inter Mark Resources Sdn Bhd untu

Pembuat biskut berasaskan manisan dan koko, Pan Malaysia Corp Bhd (PMC) telah memeterai perjanjian jual beli dengan Inter Mark Resources Sdn Bhd untuk mengambil alih 51% saham A&W (Malaysia) Sdn Bhd dengan harga RM21.04 juta.

Inter Mark adalah pemaju utama dan pemegang eksklusif francais A&W untuk Malaysia dan mengendalikan rangkaian restoran A&W melalui anak syarikat milik penuhnya, A&W (Malaysia) Sdn Bhd.

Setelah selesai pengambilalihan, Inter Mark akan memegang saham 49% dalam A&W Malaysia, berbanding 100% pada masa ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Pan Malaysia berkata cadangan pembelian itu, yang bernilai RM21.04 juta, akan dilaksanakan menerusi gabungan tunai berjumlah RM11.57 juta dan pemindahan 63.11 juta sahamnya pada harga 15 sen sesaham, berjumlah RM9.47 juta.

PMC berkata penjualan akan dimuktamadkan dengan syarat IMR mendapat kebenaran daripada A Great American Brand International Pte Ltd (AGABI) untuk menamatkan perjanjian francais antarabangsa dan perjanjian pembangunan bertarikh 1 Julai 2019 yang dibuat antara kedua-dua pihak.

“Pihak-pihak terbabit dijangka memuktamadkan urus niaga dalam tempoh enam bulan daripada tarikh perjanjian jual dan beli atau pada tarikh IMR dan Pan Malaysia bersetuju secara bersama,” jelas PMC.

Mengulas mengenai pengambilalihan tersebut, PMC melihat ianya sebagai peluang untuk memperluas dan mempelbagaikan asas pendapatan dari perniagaan coklat dan gula-gula ke perniagaan restoran makanan segera (QSR).

Tambahan pula, PMC menjangkakan pertumbuhan sektor perkhidmatan makanan akan pulih daripada pandemik Covid-19, didorong oleh permintaan pesanan ‘take-away’ dan makan di luar yang tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: