Pandangan Dave Ramsden Melemahkan Sterling Pada Hari Ini

Pandangan Dave Ramsden Melemahkan Sterling Pada Hari Ini

Pound sterling sedikit mengukuh berbanding greenback selepas data inflasi UK untuk bulan September dikeluarkan petang tadi. Indeks Harga Pengguna (CPI

Pound sterling sedikit mengukuh berbanding greenback selepas data inflasi UK untuk bulan September dikeluarkan petang tadi. Indeks Harga Pengguna (CPI) UK naik 0.3% pada bulan lepas, dan 3.0% dalam unjuran tahun ke tahun, paras tertinggi sejak 5 tahun lalu. Indeks Harga Pengeluar (PPI) pula sedikit berubah dengan harga output naik 3.3%, sedikit rendah daripada paras 3.4% di bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kenaikan terhalang dengan kenyataan Dave Ramsden, Timbalan Gabenor baru Bank Pusat England (BOE) yang tidak bersetuju dengan pembuat-pembuat dasar yang lain termasuk Mark Carney (Gabenor BOE) untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan, kerana beliau melihat tekanan inflasi yang perlahan dalam pasaran buruh UK.

“Walaupun pertumbuhan pekerjaan terus meningkat, namun dilihat tidak memberi kesan kepada pendapatan” jelas beliau di hadapan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)

Salah seorang ahli MPC yang lain, Silvana Tenreyro juga berkata beliau hanya akan menyokong kadar faedah dinaikkan jika tekanan inflasi meningkat dalam pasaran buruh.

BOE pada bulan lalu mengejutkan para pelabur dengan mengatakan kemungkinan kadar faedah dinaikkan walaupun pertumbuhan ekonomi UK masih perlahan berbanding Kesatuan Eropah serta kebuntuan dalam rundingan Brexit.

Sterling lemah berbanding semua matawang utama dengan GBP/USD jatuh mendadak hampir 100 pip daripada paras tertinggi hari Selasa di paras 1.3285 kepada 1.3192 pada jam 8.00 malam.

Bon Kerajaan 10-tahun UK turut jatuh mendadak selepas Ramsden mengeluarkan padangan dovish beliau, menambah ketidaktentuan terhadap jangkaan kadar faedah dinaikkan pada November depan.

Para pelabur akan membandingkan data pendapatan pada hari Rabu esok dengan bacaan inflasi hari ini disebabkan perbezaan semakin ketara sejak referendum Brexit lalu. Jika pertumbuhan pendapatan kekal rendah, Pound mungkin akan terus dijual.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: