Pandemik Mengigit, BoE Jangkakan Kemerosotan Ekonomi Yang Terburuk Sejak 300 Tahun Lalu

Pandemik Mengigit, BoE Jangkakan Kemerosotan Ekonomi Yang Terburuk Sejak 300 Tahun Lalu

Bank Pusat England (BoE) berpotensi untuk berdepan kemerosotan ekonomi terbesar dalam tempoh lebih 300 tahun lalu berikutan perintah berkurang yang d

Bank Pusat England (BoE) berpotensi untuk berdepan kemerosotan ekonomi terbesar dalam tempoh lebih 300 tahun lalu berikutan perintah berkurang yang dilaksanakan dan mashi membuka pintu bagi dasar yang lebih longgar.

Menerusi ilustrasi senario, BoE mengatakan ekonomi negara berpotensi susut 25% dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun sementara kadar pengangguran berkemungkinan naik dua kali ganda kepada 9%.

Pada tahun 2020 secara keseluruhannya, risiko output telah menyusut 14%, kejatuhan terbesar sejak “Great Frost” pada tahun 1709 walaupun pakej ransangan besar-besaran menerusi program pembelian bon dan bajet bantuan kecemasan kerajaan bernilai £100 billion.

Senario BoE walau bagaimanapun turut memasukkan jangkaan pemulihan mendadak ekonomi dengan pertumbuhan pada tahun 2021 dijangka meningkat 15% jika perintah berkurang dilonggarkan pada bulan-bulan kehadapan.

Pada minggu lalu, Fed mengulangi janji mereka untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah dan akan menawarkan kredit bernilai trilion dolar AS jika ekonomi memerlukan.

Bank Pusat Eropah (ECB) juga membuka pintu bagi program-program ransangan dan akan memegang lebih banyak bon kerajaan

BoE sebelum ini menjangkakan lanjutan PKP untuk dua minggu lagi akan mengurangkan 1.25% GDP jangka masa pendek dan manaikkan pegangguran sebanyak 0.7%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: