Para Pelabur Mengambil Langkah Berjaga-jaga Menjelang Ucapan Powell Di Washington

Para Pelabur Mengambil Langkah Berjaga-jaga Menjelang Ucapan Powell Di Washington

Menteri Perdagangan China pada hari Khamis berkata, AS dan China menerusi rundingan perdagangan yang terkini telah membincangkan mengenai isu perpinda

Menteri Perdagangan China pada hari Khamis berkata, AS dan China menerusi rundingan perdagangan yang terkini telah membincangkan mengenai isu perpindahan teknologi ketenteraan dan juga hak harta intelek.

Perbincangan yang berlangsung selama tiga hari di Beijing berakhir dengan nada yang positif dan dalam persiapan untuk sesi rundingan di peringkat jabatan yang lebih tinggi.

Selain daripada isu perdagangan, Powell pada penampilan beliau yang lalu telah mengukuhkan semula kedudukan pasaran saham apabila menyatakan bahawa Fed perlu lebih bersabar dalam pengetatn dasar di masa hadapan.

Berdasarkan, minit mesyuarat FOMC bagi bulan Disember yang diterbitkan pada hari ini, kesemua pembuat dasar berkongsi pandangan yang sama.

Pelabur kini sedang meletakkan harga ke atas jangkaan Fed bahawa akan menangguhkan rate hike mereka sepanjang tahun 2019 dan meletakkan jangkaan sekitar 14 peratus terhadap potensi pemotongan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang lalu, empat orang presiden daripada 12 cawangan Fed berkata mereka memerlukan satu dapatan yang jelas bagi meneruskan kempen rate hike bank pusat.

Presiden Fed St. Louis James Bullard yang dikatakan sebagai ahli FOMC paling dovish menjelaskan sekiranya dasar terus diketatkan berpotensi membawa ekonomi AS ke arah kemelesetan.

Fokus pasaran pada malam ini tertumpu kepada ucapan Powell di Kelab Ekonomi Washington dan beliau turut dijadualkan turut serta di dalam mesyuarat bersama bekal pengerusi Fed Janer Yellen dan Ben Bernanke.

Menjelang ulasan Powell, para pelabur dilihat lebih berhati-hati daripada meletakkan sebarang posisi secara agresif.

Pasaran saham AS dibuka rendah namun masih stabil di zon tertinggi sementara indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sedikit pulih, naik 0.12% kepada 95.34 setakat jam 11.17 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: