Paras Terendah 2019 Teruji, EUR/USD Kembali Naik Ke Zon 1.370/80, Menghampiri Garisan Trend 4 Jam

Paras Terendah 2019 Teruji, EUR/USD Kembali Naik Ke Zon 1.370/80, Menghampiri Garisan Trend 4 Jam

ECB telah mengekalkan pendekatan polisi mereka seperti yang dijangkakan namun Presiden Mario Draghi mengakui risiko pertumbuhan zon Eropah kini telah

ECB telah mengekalkan pendekatan polisi mereka seperti yang dijangkakan namun Presiden Mario Draghi mengakui risiko pertumbuhan zon Eropah kini telah condong ke arah yang lemah.

Ekonomi zon Eropah telah mengalami kelembapan terbesar dalam tempoh setengah dekad, menimbulkan persoalan sama ada ECB mampu untuk menaikkan kadar faedah buat pertama kali tahun ini seperti yang ditunjukkan daripada unjuran mereka.

Outlook kadar faedah juga dikekalkan pada hari ini akan tetapi komen dovish Draghi telah meningkatkan lagi spekulasi bahawa bank pust akan menangguhkan pengetatan dasar mereka atau yang lebih teruk lagi adalah menurunkan kadar faedah.

Menerusi sidang media, Draghi menyebut, “Risiko yang berada di sekitar outlook pertumbuhan kawasan Eropah semakin lemah kerana berterusannya ketidaktentuan”.

Beliau menyatakan momentum pertumbuhan bagi tempoh masa terdekat adalah dijangka lebih lama berbanding sebelumnya berikutan ancaman daripada dagangan dan geopolitik serta volatiliti pasaran negara membangun.

Walau bagaimanapun, kekuatan sektor perkerjaan dan peningkatan pertumbuhan pendapatan Eropah telah menyokong keputusan bank pusat untuk mengekalkan dasar mereka dan menolak inflasi dalam tempoh masa sederhana.

EUR/USD jatuh menguji paras terendah 2019 yang baru sekitar 1.1308 sebelum naik semula ke paras 1.1378, menghampiri garisan trend 4H.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: