Parlimen Eropah: Undian Perjanjian Perdagangan Pasca-Brexit Akan Dilaksanakan

Parlimen Eropah: Undian Perjanjian Perdagangan Pasca-Brexit Akan Dilaksanakan

Parlimen Eropah akan mengadakan undian pada hari Selasa hadapan bagi meluluskan perjanjian perdagangan dan kerjasama EU-UK yang akan menentukan hala

Parlimen Eropah akan mengadakan undian pada hari Selasa hadapan bagi meluluskan perjanjian perdagangan dan kerjasama EU-UK yang akan menentukan hala tuju hubungan pasca-Brexit dengan Britain

Jika majoriti ahli parlimen bersetuju dengan syarat yang dibentangkan, keputusan tersebut akan memuktamadkan perjanjian kedua-dua belah pihak sebelum memasuki tarikh akhir yang telah dipersetujui bersama.

Jurucakap kerajaan UK berkata, “Ini adalah berita gembira yang akan memberikan keyakinan kepada perniagaan dan individu di UK dan di seluruh Eropah”

Pada masa ini perjanjian tersebut telahpun diterapkan di UK untuk sementara waktu, disahkan oleh ahli Parlimen Britain bahawa ianya telah ditandatangani, pada 30 Disember 2020 lalu.

Penangguhan undian di Parlimen Eropah adalah sebagai bentuk bantahan kepada gerakan sepihak di London yang menggantung pemeriksaan barang yang memasuki Ireland Utara.

Suruhanjaya Eropah bulan lalu telah melancarkan tuntutan terhadap Britain atas keputusan itu, yang menurutnya telah melanggar perjanjian Brexit yang dibuat setahun sebelum perjanjian perdagangan dan kerjasama (TCA).

Kesepakatan Brexit adalah memberikan hak warganegara EU dan Britain di wilayah masing-masing, terutamanya dalam isu penjagaan wilayah Ireland Utara UK di bawah peraturan kastam EU, dengan perbatasan de facto bagi barangan di Laut Ireland.

Peraturan yang menurut kedua-dua belah pihak sangat diperlukan bagi menjaga perbatasan Ireland Utara dengan anggota EU Ireland Selatan telah menyebakan berlakunya perselisihan terhadap isu perdagangan.

Britain berpandangan bahawa EU perlu menunjukkan fleksibiliti yang lebih besar dalam berbagai aspek, terutama dalam hal yang melibatkan Ireland Utara.

Suruhanjaya Eropah mengatakan bahawa mereka bersedia untuk melakukannya setelah dapat dipastikan tiada sebarang potensi yang akan melemah dan menggugat pasaran tunggal mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: