Parlimen: Larangan Eksort Ayam Dijangka Berakhir Pada 31 Ogos

Parlimen: Larangan Eksort Ayam Dijangka Berakhir Pada 31 Ogos

Sekatan terhadap eksport ayam oleh Malaysia dijangka berakhir pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sekatan terhadap eksport ayam oleh Malaysia dijangka berakhir pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Keputusan itu dibuat memandangkan harga dan bekalan domestik telah mula stabil, jelasnya kepada parlimen hari ini.

Malaysia, yang membekalkan ayam hidup terutamanya ke Singapura dan Thailand, telah menghentikan eksport pada Jun dalam usaha menstabilkan pengeluaran dan harga di dalam negara.

Situasi itu berlaku selepas kekurangan makanan global yang dicetuskan oleh perang Rusia-Ukraine telah menjejaskan bekalan dan pengeluaran.

Ronald dalam kenyataan yang lain awal minggu ini menyebutkan bahawa Malaysia kini mempunyai sedikit lebihan bekalan ayam kesan daripada larangan tersebut.

Pihak pembangkang mengkritik larangan tersebut yang telah memaksa para pengguna Malaysia membeli ayam daripada sumber-sumber luar.

Membalasan kritikan itu, Ronald mewajarkan tindakan kerajaan dengan mengatakan ia adalah sementara dan langkah perlindungan yang sama telah diambil oleh negara lain yang menghadapi kekurangan makanan.

“Apabila keadaan stabil – bukan hanya lebihan bekalan di beberapa lokasi, tetapi di seluruh negara – sudah tentu, kerajaan akan membuat keputusan untuk membenarkan eksport,” katanya.

Ronald juga berkata kerajaan sedang meneliti faktor seperti kestabilan bekalan dan kapasiti penternakan untuk memutuskan sama ada ia akan mengkaji semula langkah-langkah lain seperti subsidi dan harga siling yang dikenakan ke atas produk ayam dan telur selepas 31 Ogos.

Pada waktu ini, kerajaan telah meluluskan RM1.1 bilion subsidi untuk penternak ayam dan telur bagi membantu mereka menghadapi kenaikan kos makanan dan kehilangan hasil eksport, katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: